Ikut Tips Ni Kalau Nak Kek Asyik Tak Menjadi.

Corak kembang ketika dibakar juga antara masalah yang selalu dihadapi, ia terjadi kerana adunan kurang gebu dan cair. Jadi pastikan adunan betul-betul kembang. Caranya, sewaktu putar adunan, angkat mixer, jika adunan lambat jatuh, bermakna adunan kembang.

Dan elakkan lukisan di atas kek yang terlalu tebal. Ia juga punca corak kembang selepas dibakar.

 

  1. JENIS PEWARNA

Elakkan menggunakan serbuk pewarna kerana ia memberi rasa pahit kepada kek. Jadi untuk melukis di atas kek, pilih oil and water based. Pilih warna terang.

 

  1. LUKIS GUNA APA?

Gunakan adunan yang sama dan kemudian tambah pewarna. Selepas itu masukkan ke dalam piping beg dan potong halus hujungnya.

Dan jika mahu melukis di atas kek, biarkan kek kosong tanpa pewarna. Elakkan penggunaan pewarna yang banyak

 

  1. KEK MENDAP LEPAS KELUARKAN DARI KETUHAR

Selalunya kek mendap bermakna kek kurang masak. Jadi hanya tambahkan waktu membakar. Namun jika bahagian atas garing selepas masa ditambah, sesuaikan suhu lain untuk membakar pada masa hadapan.

Selepas dibakar, balikkan kek ke atas redai sebentar sahaja untuk kek marble span. Kemudian terus letakkan atas papan kek. Tak perlu lama untuk dapatkan kesan redai.

  1. KEK BERLUBANG

Hentakkan loyang selepas masukkan adunan bagi mengelakkan kek berlubang selepas dibakar. Selepas dibakar, hentakkan lagi dan terus keluarkan kek. Jangan biarkan dalam loyang.

Sumber : Ainna Rozimi

Article Tags:
Article Categories:
artikal

Leave a Reply