Hamlet Telur Cheese, Menu Breakfast Paling Win!

Selalunya bila nak masak sarapan, hati berbelah bahagi, jika masak yang berat, nanti kenyang sehingga ke petang. Dan ada kalanya, hilang punca apa yang boleh disediakan untuk keluarga.

Walaupun sekadar hidangan simple, namun pengambilan sarapan sangat penting untuk memulakan hari. Dan menurut pakar nutrisi, waktu terbaik untuk mengambil sarapan ialah selepas dua jam kita bangun daripada tidur. Hasilnya, kandungan gula dalam darah dapat distabilkan sepanjang hari dan dapat meningkatkan tenaga.

Untuk para ibu yang super buzy, bolehlah menyediakan hamlet telur sebagai sarapan untuk keluarga. Selain mudah disediakan, menu ini cukup lazat dan membuka selera. Macam roti john, namun bukan…hehe

 

Bahan :

Roti

Telur

Kaya

Cheese  – pilihan

 

Cara :

  1. Cairkan sedikit butter di dalam kuali atau pan.
  2. Kemudian letakkan roti sebentar sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Pecahkan telur di dalam gelas dan kacau seperti membuat telur dadar. Tuangkan ke dalam pan
  4. Sagat keju cheddar di atas telur. Terpulang nak letakkan banyak mana.
  5. Telangkupkan roti di atas telur dan cheese tadi.
  6. Biarkan sebentar dan angkat.
  7. Selepas itu boleh sapukan kaya.

Kredit resipi dan foto : Wan Nooraihan

 

Article Tags:
· · ·
Article Categories:
artikal · resepi

Leave a Reply