Bunga Kantan, Bukan Sekadar Buat Laksa. Ulam Untuk Awet Muda Dan Bau Badan.

Jarang sekali kita ketahui kebaikan di sebalik bunga kantan selain untuk memasak asam laksa dan asam pedas. Betul tak? Bunga kantan mempunyai zat aktif yang memberi 1001 kebaikan kepada tubuh badan andai diamalkan mengikut cara yang betul. Tak perlu makan supplemen lagi, amalkan sahaja ulam alami.

  1. Hilangkan bau badan

Bunga kantan baik untuk menghilangkan bau badan terutama bagi wanita lepas bersalin kerana ia mengandungi zat aktif seperti flavonida, saponin dan fenolik yang baik. Caranya, potong kecil bahagian batang dan tumbuk sehingga lumat. Rebus dan biarkan mendidih. Selepas sejuk, gunakan sebagai air mandian untuk tiga hari berturut-turut.

  1. Loya

Bunga kantan yang masam sangat berkesan untuk menghilangkan rasa loya. Caranya, ambil biji bunga kantan yang terhasil selepas bunga matang. Tumbuk biji pokok kantan sehingga halus dan tos untuk dapatkan airnya. Campurkan dengan satu gelas air suam dan minum setiap kali loya.

  1. Antiseptik Luka

Bunga kantan kaya dengan antioksidan dan gunakan air rebusan pokok bunga kantan untuk rawatan kulit secara semulajadi terutamanya ketika luka. Lumurkan air rebusan daun pada bahagian luka dan biarkan satu jam untuk kesan maksimum.

  1. Awet Muda

Jadikan ia sebagai ulam atau apa sahaja bahan masakan setiap hari untuk kesan terbaik. Pokok bunga kantan terdiri daripada 89 peratus air yang bagus untuk memastikan tubuh kekal hidrat dan bertenaga.

Article Tags:
Article Categories:
artikal

Leave a Reply